Samarahan tuan rumah sambutan Hari Keputeraan YDPA ke-17 peringkat Sarawak

KUCHING – Samarahan dipilih sebagai tuan rumah untuk sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-17 peringkat Sarawak.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata sambutan tersebut berlangsung selama empat hari iaitu 5 September hingga 8 September ini.

“Terdapat lima program utama yang diadakan untuk memeriahkan cara tersebut,” kata beliau.

Antaranya, Pameran Raja Kita, Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain, Solat dan Khutbah Jumaat, Majlis Kesyukuran Agama Islam dan Majlis Jamuan Teh.

“Program Pameran Raja Kita yang diadakan di Summer Mall, Kota Samarahan bakal menjadi tarikan utama,” kata beliau.

Julaihi menjelaskan pameran tersebut menampilkan pelbagai alat kebesaran Diraja serta biografi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, yang akan membawa pengunjung mengenali lebih dekat hobi, minat, dan peribadi Seri Paduka Baginda.

“Pameran tersebut sudah pasti tarikan dengan jangkaan 10,000 pengunjung hadir memandangkan Sarawak tidak mempunyai Raja dan beberapa barang yang dipamerkan mungkin kita belum pernah lihat secara dekat,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk buat kali kedua, di Wisma Bapa Malaysia pada Rabu.

Sementara itu, beliau menambah Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) akan diadakan pada 5 September, 8 malam di Dewan Suarah Kota Samarahan dengan jangkaan kehadiran seramai 500 orang.

“Pada keesokkan harinya, khutbah Jumaat yang bertemakan sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong akan disampaikan selepas solat sunat Jumaat di Masjid Al Muttaqim Kota Samarahan, disusuli Majlis Kesyukuran bagi umat Islam pada sebelah petang,” ujar beliau.

Beliau berkata Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dijangka akan hadir, diikuti 700 tetamu jemputan lain.

“Program tersebut turut diselitkan dengan bacaan surah Yasin dan alunan Zikir Marhaban yang diuruskan oleh oleh Unit Protokol dan Pengurusan Acara Negeri (UPPAN),” jelas beliau.

Selain itu, ujar beliau, Majlis Jamuan Teh pula diadakan pada 7 September di DeTAR PUTRA Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan jangkaan 500 kehadiran.

Related Posts

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

PUTRAJAYA – Amerika Syarikat (AS) sudah menggerakkan usaha diplomatik bagi membolehkan Presiden Donald Trump menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, Oktober ini. Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata, pentadbiran AS sedang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

PUTRAJAYA – Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) perlu menumpukan kepada keutamaan strategik sektor agromakanan serta memastikan pelaksanaannya di peringkat lapangan diterjemah dengan berkesan bagi menjamin kesejahteraan petani, peladang dan nelayan. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas