Wakil rakyat kerajaan jangan melebihi garis merah

KECENDERUNGAN sesetengah wakil rakyat blok kerajaan melakukan kritikan terbuka ke atas kepimpinan negara dan sering cari pasal dengan rakan-rakan seperjuangan perlu dihentikan.

Gesaan ini dibuat kerana tingkah laku sedemikian boleh mengundang kesan negatif kepada keutuhan Kerajaan Perpaduan.

Tanpa perlu disebut nama wakil rakyat tersebut serta parti masing-masing, didapati bahawa kerap tindakan mereka ibarat memberi bola tanggung kepada pihak lawan.

Kritikan melampau ke atas Perdana Menteri dalam isu tertentu oleh seorang ahli Parlimen secara berterusan digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak kompeten.

Hal itu sangat mustajab kepada usaha pembangkang membakar hati rakyat untuk menentang kerajaan.

Pembangkang turut menggunakan sikap ahli Parlimen itu sebagai bukti bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai sokongan penuh daripada ahli Parlimen bloknya sendiri.

Tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang kerap cari pasal dengan wakil rakyat lain dalam kerajaan menimbulkan suasana tidak harmoni.

Keadaan itu kerap mengundang perbalahan terbuka sehingga timbul isu hiliran termasuklah hal yang bersifat “tabu!”

Kerana mahu dilihat sebagai pejuang agama dan bangsa oleh sebahagian besar rakyat, wakil rakyat tersebut kerap mengeluarkan kenyataan melampau, keras, dan tajam untuk disesuaikan dengan kehidupan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Semua itu sebenarnya sangat memualkan bagi rakyat yang rasional.

Percayalah bahawa sikap sedemikian sangat tidak bagus diteruskan.

Ingatlah bahawa anda merupakan ahli Parlimen dan ADUN; ada batas dan garis yang perlu dipatuhi.

Anda bukan rakyat biasa yang segala cakapnya tidak terlalu berpengaruh ke atas individu lain.

Seharusnya anda lebih selektif dalam menguruskan permasalahan ini dan jangan melebihi garis merah itu.

Related Posts

MINDA TOK ABAH: Mentakrif perjuangan mahasiswa

MAHASISWA bukan sekadar pelajar yang menimba ilmu di menara gading. Mereka adalah nadi perubahan sosial, barisan hadapan dalam perjuangan menuntut keadilan, dan suara hati nurani rakyat. Dalam sejarah panjang politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kadar sewa Casa Limbong Chukai naik? MPK makin kurang hasil?

CASA Limbong dan ‘Yellow Town’ yang terletak di tengah-tengah bandar Chukai Kemaman merupakan sebuah kompleks perkedaian yang telah menjadi ikon bandar Chukai sejak dua dekad yang lalu. Kompleks ini dimiliki…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI