Tiga rumah setinggan atas air dirobohkan di Sembulan

KOTA KINABALU – Tiga buah rumah setinggan atas air dirobohkan dalam satu operasi perobohan bersepadu oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Sembulan Tengah di sini pada Isnin.

Menurut DBKK menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya, pemeriksaan mendapati rumah berkenaan strukturnya telah usang dan tidak selamat untuk didiami, selain tempoh pajakan tanah yang telah tamat dan rumah telah disewakan kepada warga asing.

“Operasi yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 2 petang itu dilaksanakan oleh 150 anggota dari pelbagai agensi.

“Antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Air Negeri Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur, Sabah Electricity Sdn. Bhd., Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjung Aru dan DBKK.

“DBKK telah pun memaklumkan lebih awal kepada penyewa rumah-rumah usang tersebut sebelum tindakan perobohan dilaksanakan pada hari ini,” katanya.

Jelasnya, sebanyak lima aset logistik digerakkan bagi membantu operasi perobohan ini iaitu dua buah lori, dua buah van dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah turut hadir meninjau ke lokasi bagi memastikan operasi berjalan lancar dan mematuhi prosedur kerja yang ditetapkan.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan