Tiga penerjun terbabas dari lokasi pendaratan

KUANTAN – Tiga penerjun, termasuk seorang warga asing tersasar dari kawasan pendaratan ditetapkan semasa melakukan terjunan dalam acara ‘Base Jump Extreme Challenge’ di pekarangan menara Kuantan 188, dekat sini, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, ketiga-tiga penerjun terbabit selamat dengan hanya seorang mengalami kecederaan ringan.

Katanya, acara itu adalah sebahagian daripada aktiviti Pesta Kuantan 188, membabitkan 17 peserta dari dalam dan luar negara.

“Semasa sesi terjunan dari ‘Skydeck’ Kuantan 188 kira-kira jam 5 petang, tiga penerjun mengalami insiden tersasar dari lokasi pendaratan.

“Seorang peserta, warga emas berusia 62 tahun dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas mengalami kecederaan ringan akibat terhempas di kawasan bersimen,” katanya.

Mohd Adli berkata, dua lagi peserta termasuk seorang warga Australia yang tersasar jatuh ke atas pokok dan di kawasan sungai tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Punca awal insiden dipercayai disebabkan keadaan angin kencang dan faktor teknikal ketika proses pendaratan.

“Pihak penganjur dan petugas keselamatan mengambil tindakan pantas dengan memberikan bantuan kepada peserta semasa kejadian,” katanya.

Related Posts

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

ALOR SETAR – Lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul isterinya sehingga keguguran di Sungai Petani didapati mempunyai empat rekod jenayah termasuk kes mencederakan beberapa isteri lain serta teman wanitanya. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

KANGAR – Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Perlis, Azzin Izzad Bahanudin memangku jawatan Ketua AMH negeri itu berkuat kuasa serta-merta susulan peletakan jawatan Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad. Peletakan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI