Kerajaan MADANI hargai sumbangan rakyat dalam pembangunan negara – Tok Abah

RAKYAT yang membayar cukai bukan sahaja menjalankan tanggungjawab kepada negara, bahkan menjadi tonggak utama dalam memacu pembangunan Malaysia ke arah masa depan yang lebih sejahtera.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, kerajaan menghargai setiap sumbangan rakyat dan menzahirkan penghargaan itu melalui pelbagai bentuk inisiatif dan dasar yang memberi manfaat terus kepada golongan sasar.

“Apa yang sedang dilakukan oleh Kerajaan MADANI hari ini ialah bergerak daripada pendekatan bersifat jangka pendek kepada langkah yang lebih mampan.

“Bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium sebelum ini bersifat sementara. Kini, kerajaan mahu membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa,” katanya dalam satu sesi podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, soal ekonomi negara tidak boleh hanya disandarkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau kerajaan semata-mata.

Sebaliknya, ia merupakan tanggungjawab kenegaraan yang perlu dipikul oleh setiap rakyat yang cukup syarat.

“Mengurus ekonomi negara ini ialah tanggungjawab bersama. Rakyat juga perlu menyumbang dengan membayar cukai secara sah. Mereka mesti sedar bahawa mereka turut memainkan peranan dalam menjaga dan membangunkan ekonomi negara,” ujarnya.

Beliau berkata, dalam konteks ketidaktentuan ekonomi global dan peningkatan kos sara hidup, kerajaan telah menyediakan pelbagai dasar dan bantuan seperti Jualan Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bantuan pendidikan, program TVET dan inisiatif keusahawanan, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab negara kepada rakyat.

Namun begitu, katanya lagi, kesemua inisiatif ini hanya dapat dilaksanakan dengan baik jika wujud tadbir urus ekonomi yang berkesan dan amanah.

“Ekonomi negara bukan soal keluar masuk wang semata-mata. Lebih penting ialah bagaimana kita menguruskan setiap sen yang dibelanjakan agar memberi nilai sebenar kepada rakyat,” jelas beliau.

Dalam menjelaskan konsep ekonomi MADANI, Ismail menekankan aspek pengupayaan rakyat yang menjadi asas penting kepada keadilan ekonomi dan keberkesanan dasar.

Beliau turut menyentuh cabaran pelaksanaan dasar, terutamanya dalam kalangan agensi penguatkuasaan.

“Cabaran terbesar ialah melaksanakan penguatkuasaan dengan telus dan berani. Ia bukan hanya soal rasuah dan ketirisan, tetapi juga keberanian institusi seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihak berkuasa tempatan (PBT), dan badan penguat kuasa lain untuk bertindak dengan integriti,” katanya.

Tambahnya, keberhasilan penjajaran semula subsidi diesel yang menjimatkan berbilion ringgit menjadi bukti bahawa pengurusan ekonomi yang baik membolehkan kerajaan memulangkan semula manfaat kepada rakyat.

“Penjimatan itu membolehkan penjawat awam yang menanti hampir 12 tahun menerima pelarasan gaji baharu. Ini semua hasil daripada kerjasama rakyat dan kerajaan dalam mengurus ekonomi negara,” tambahnya.

Mengulas kritikan terhadap pelaksanaan cukai seperti SST, Ismail menegaskan bahawa rakyat tidak seharusnya terpedaya dengan tohmahan bahawa kerajaan ingin menekan rakyat.

“Setiap sen cukai yang dibayar oleh rakyat adalah sumbangan yang sangat dihargai oleh kerajaan. Cukai inilah yang kembali kepada rakyat dalam bentuk pembangunan, pendidikan, bantuan dan kebajikan,” katanya.

Justeru, beliau menyeru rakyat agar terus memainkan peranan sebagai warga negara yang bertanggungjawab dan berbangga menjadi penyumbang kepada kemajuan negara.

Related Posts

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

BERIKUT adalah sudut pandang sosial rakyat terhadap tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Dapatan yang terhasil berdasarkan data rasmi, laporan kerajaan, dan statistik yang boleh disahkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 446 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar