Tiga pelajar tahfiz tidur di surau, demi tuisyen percuma

MELAKA – Tiga pelajar tahfiz yang merupakan adik beradik dari Masjid Tanah, Alor Gajah nekad untuk menumpang bermalam di sebuah surau Ar Redhuan Taman Semabok Perdana di sini demi tuisyen percuma anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abd. Halem.

Nur Imlah Syafini Ahmad Fawzi, 27, anak sulung kepada sembilan beradik juga merupakan pengasas tahfiz Smart Hufaz Wal Qoror di Paya Rumput mengambil keputusan itu bagi mengurangkan beban kewangan keluarganya dengan penjimatan RM500 bagi lima subjek diikuti dua adiknya.

“Kami sekeluarga memang mencari kelas tuisyen SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) percuma untuk Nur Afifah, 18, dan Nur Insyirah, 21, yang tamat pengajian hafaz al-Quran di sebuah madrasah di Kelantan.

“Bagaimanapun mereka tidak mempunyai sijil SPM untuk menyambung pengajian di universiti, jadi kami rebut peluang ini walaupun terpaksa menumpang bermalam di sini,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, seorang lagi kenalan adiknya dari Kelantan, Siti Maisara Iman Mahadi, 17, yang kurang berkemampuan juga turut dibawa ke sini bagi mengikuti program ini yang merangkumi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Sejarah dan Matematik.

“Awalnya ayah berkenalan dengan pihak pengurusan surau dan diberitahu ada program ini, namun untuk berulang-alik pada hari minggu sejauh 80 kilometer dari Paya Rumput memang agar sukar,” kata lulusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak itu.

Ujarnya, pihak surau menyantuni keluarga itu dengan menawarkan mereka bermalam di bilik tetamu yang disediakan di surau berkenaan.

Tambahnya lagi, kadangkala diuji dengan kerosakan kenderaan di tengah jalan, semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus menghantar mereka mendapat manfaat daripada kelas tuisyen berkenaan.

Nur Imlah mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat kawasan itu kerana telah menganjurkan program berkenaan terutama bagi keluarga yang kurang berkemampuan.

Related Posts

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC