Bersatu hati pertahankan kedaulatan, kemerdekaan negara – Ewon

PENAMPANG – Rakyat Malaysia di Sabah harus bersatu hati mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara Malaysia, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Sehubungan dengan itu katanya, Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) sebagai pengisian amat penting untuk terus menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat seluruh negara.

“Program ini juga penting untuk menyatupadukan dan mengingatkan rakyat Malaysia supaya terus bersatu padu mempertahankan kedaulatan negara,” katanya selepas melakukan ‘Flag-off’ Konvoi KMJG Negeri Sabah Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah 2024 Daerah Penampang, di Perkarangan Wisma Majlis Perbandaran Penampang, di sini, pada Khamis.

Ewon turut berkata, semasa pembentukan Malaysia terdapat pihak luar yang tidak setuju bahkan sehingga hari ini masih ada tuntutan yang dibawa ke mahkamah luar negara.

Katanya, Kerajaan Persekutuan komited dalam mempertahankan kedaulatan Sabah dengan menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas untuk melawan usaha pihak luar.

Tambahnya, cabaran yang dihadapi negara Malaysia juga berlaku kepada mana-mana negara berdaulat dan merdeka.

Beliau berharap Sabah terus menjadi wilayah yang berdaulat di negara ini bukan hanya untuk tempoh 61 tahun akan datang tetapi selama-lamanya.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy