Tiga lelaki memandu mabuk ditahan di Penampang

PENAMPANG – Tiga lelaki ditahan dalam operasi OP Mabuk atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol di Jalan Pintas Penampang, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, semua pesalah terlibat ditahan di bawah Seksyen 45 A (1) Akta pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan dan sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun dan denda tidak kurang dari RM10,000 tidak melebihi RM30,000.

“Menerusi Op Mabuk yang dijalankan, 13 keping saman melibatkan pelbagai kesalahan telah dikeluarkan dan enam daripadanya adalah tiada lesen memandu.

“Seramai 95 individu dan 83 kenderaan telah diperiksa dan operasi ini berjaya dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan dan berakhir pada pukul 3 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan media.

Op Mabuk berkenaan telah dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, yang diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Inspektor Rozaimi Ahmad dengan dibantu sembilan anggota polis.

Antara tujuan operasi termasuk memantau keselamatan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas yang telah ditetapkan.

Related Posts

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

ARAU – Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas menuntut penjelasan daripada Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berhubung penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

MUKAH – Penganjuran UiTM Night Bazaar Siri 8 bertemakan ‘Riuh Raya Street Fiesta’ dilihat bukan sahaja menghidupkan suasana Aidilfitri, malah menjadi platform penting dalam membantu peniaga kecil menjana pendapatan. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN