PRK DUN Mahkota: UMNO pilih Syed Hussien Syed Abdullah

KLUANG – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah diumum sebagai calon bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam Majlis Pengumuman Jentera dan Pengenalan Calon Barisan Nasional (BN) PRK N29 Mahkota di Command Center BN di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh.

Pemilihan Syed Hussien dianggap tepat oleh sebahagian penganalisis politik sebelum ini kerana anak jati Kluang itu sudah dikenali dalam kalangan penduduk setempat.

Berpengalaman sebagai ahli UMNO sejak lebih 10 tahun, Syed Hussien mempunyai reputasi amat baik berikutan sangat aktif dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan dan persilatan menjadikannya dikenali di Kluang, selain generasi muda.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 28 September sebagai tarikh mengundi bagi PRK DUN Mahkota susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.

Related Posts

Akar umbi UMNO perlu kuasai media sosial, mahir AI

KUANTAN – Penguasaan teknologi digital termasuk kecerdasan buatan (AI) menjadi antara faktor terpenting menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang. Justeru, semua ahli UMNO perlu mempelajari dan menguasai kemahiran baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda