1BestariNet: Siasatan adil, telus tanpa campur tangan pihak lain

KOTA BHARU – Amanah yakin dan percaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) akan melakukan siasatan adil dan telus berhubung isu dakwaan 1BestariNet tanpa melibatkan campur tangan pihak politik.

Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Abdul Kadir Othman berkata, SPRM perlu diberi ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang campur tangan politik.

“Justeru, kita yakin sepenuhnya dengan proses siasatan yang adil jadi biarkan SPRM membuat siasatan terlebih dahulu.

“Semua pihak perlu memberi kepercayaan dan kebebasan kepada SPRM laksanakan tugasnya,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press, di sini, hari ini.

Terdahulu, SPRM menegaskan siasatan terhadap inisiatif 1BestariNet yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) adalah bersifat telus, adil dan profesional tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Suruhanjaya itu melalui satu kenyataan berkata, siasatan melibatkan beberapa dakwaan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa itu dimulakan berdasarkan maklumat diperoleh menerusi Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) dan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Related Posts

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan semakan mingguan harga runcit produk petroleum dengan RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan