Tiga jururawat, dua penolong pegawai perubatan didakwa buat tuntutan OT palsu

KOTA KINABALU – Tiga jururawat dan dua penolong pegawai perubatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini pada Khamis atas kesalahan mengemukakan tuntutan elaun kerja lebih masa (OT) palsu.

Penolong pegawai perubatan Junior Justin, 34, dan Aemy Melanie Elon, 33, serta jururawat Marvilta Michael Poudi, 35, Naliah Saliwat, 37, dan Azrina Abd Azis, 36, kesemuanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di depan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu di Luyang pada tahun 2020 dan 2021.

Aemy menghadapi paling banyak pertuduhan iaitu 14 pertuduhan melibatkan lima daripadanya di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana memberikan dokumen palsu atau mengandungi butiran palsu manakala sembilan lagi di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana menggunakan dokumen palsu dengan nilai keseluruhan kira-kira RM44,740.94.

Kemudian diikuti Junior yang menhadapi sembilan pertuduhan iaitu empat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan lima mengikut Seksyen 8 Akta SPRM 2009 bagi lebih RM35,000 dalam tuntutan palsu yang dikemukakannya.

Sementara itu Naliah dihadapkan sembilan pertuduhan membabitkan kesalahan dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen iaitu Penyata Tuntutan Elaun Lebih Masa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan pada tempoh 9 Jun 2020 hingga 12 Ogos 2021 dengan nilai keseluruhan kira-kira RM29,100.82.

Manakala Marvilta didakwa yang dihadapkan dengan lapan pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 melakukan kesalahan memalsukan butiran dokumen Penyata Tuntutan Elaun Lebih Masa HRMIS bermula Disember 2020 hingga Julai 2021 berjumlah keseluruhan kira-kira RM24,482.88.

Pada masa sama Marvilta yang diwakili peguam bela, Sylyester Kuan turut diarahkan untuk menyerahkan passport antarabangsa kepada pihak mahkamah.

Turut diwakili peguam bela yang sama, Azrina juga menghadapi tiga pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan selepas mengemukakan tuntutan palsu lebih RM9,700.

Mahkamah juga menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM10,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin tempatan serta mengarahkan setiap tertuduh untuk melapor diri ke pejabat SPRM Sabah selama tempoh dua bulan.

Mereka yang didapati bersalah mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai jumlah yang dipalsukan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Manakala bagi Seksyen 471 Kanun Keseksaan Hukuman di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan Hukuman dipenjarakan selama tempoh yang boleh sampai dua (2) tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Related Posts

26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

SANDAKAN – Kebakaran kedua dalam tempoh 10 hari di kawasan Batu Sapi mencetuskan kebimbangan serius terhadap tahap kesiapsiagaan penduduk. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah Electricity salur 127 bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg Bahagia

SANDAKAN – Seramai 160 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas dalam kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia pada 19 April lepas menerima 127 bakul makanan daripada Sabah Electricity (SE) pada Rabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

Sabah Electricity salur 127 bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg Bahagia

Sabah Electricity salur 127 bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg Bahagia

Dua blok kuarters guru, kantin SK Imbak musnah dalam kebakaran

Dua blok kuarters guru, kantin SK Imbak musnah dalam kebakaran

Jambatan baharu Nanga Apan pulihkan akses warga SK Ulu Kabo

Jambatan baharu Nanga Apan pulihkan akses warga SK Ulu Kabo

UMNO hormati 14 ADUN Negeri Sembilan, kekal sokong Kerajaan Perpaduan

UMNO hormati 14 ADUN Negeri Sembilan, kekal sokong Kerajaan Perpaduan

Inisiatif pendidikan percuma jadi pemangkin ubah masa depan Anak Sarawak

Inisiatif pendidikan percuma jadi pemangkin ubah masa depan Anak Sarawak