Imigresen Sabah hantar pulang 239 warga Indonesia ke negara asal

TAWAU – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (JIM Sabah) menghantar 239 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia ke negara asal melalui Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan di sini pada Khamis.

Pengarahnya Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, proses itu melibatkan tahanan di Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar, Sandakan dan Tawau terdiri 186 lelaki, 41 perempuan serta 12 kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.

“Ini program pemindahan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) siri ke-14 untuk kategori Usir melalui laut bagi tahun 2024.

“Kesemua PATI yang ditahan di Depot Imigresen telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata program pemindahan warga Indonesia itu dilaksanakan dengan kerjasama Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu (KJRI) serta Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau.

Justeru itu, JIM Sabah akan terus komited dalam melaksanakan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PATI setelah mereka melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis