Tiga fokus hadapi cabaran pembangunan ekonomi, sosial di Pahang

KUANTAN – Persaingan dalam bidang pelajaran dan sektor pekerjaan berkemahiran pada masa depan perlu ditangani secara bijak dan bersistematik.

Ini bagi mengelak golongan belia, terutama generasi Alpha di Pahang ketinggalan dan menjadi ‘penonton’ kepada pelbagai tawaran kerja bernilai tinggi.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, tiga fokus itu menjadi penentu kepada kebergantungan tenaga kerja terhadap sektor teknologi dan kemahiran.

“Di sebalik segala kelebihan yang negeri Pahang miliki, ia tidak dapat menjamin peluang pekerjaan dengan gaji lumayan kepada anak-anak Pahang jika kita tidak mempersiapkan mereka.

“Oleh itu, kita perlu memberi fokus terhadap tiga perkara pokok dalam hal ini.

“Pertama adalah melalui pemerkasaan ekonomi rakyat dan belia dengan membangunkan ekosistem keusahawanan di peringkat kampung tradisional, FELDA dan komuniti Orang Asli.

“Seterusnya, pelaburan dalam modal insan dan literasi masa depan dalam bidang TVET, STEM dan pendidikan digital.

“Akhir sekali, mempertingkatkan infrastruktur sosial merangkumi akses kepada kemudahan kesihatan dan pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Seminar Kependudukan Negeri Pahang di Dewan Tuanku Canselor UnIPSAS.

Mohd Shahar dalam masa yang sama turut mencadangkan supaya kerajaan negeri Pahang mempertimbangkan biasiswa khas kepada pelajar dalam bidang STEM.

Katanya, pengenalan biasiswa khas itu diharap memberi lonjakan semangat kepada pelajar mendalami bidang berkenaan.

“Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kajian dan data yang mereka miliki mendapati minat pelajar dalam bidang STEM hanya sekitar 40 peratus, masih jauh daripada sasaran 60 peratus ditetapkan untuk menjayakan ekonomi masa depan,” jelasnya.

Beliau juga meluahkan rasa bimbang dengan keadaan sosial dalam kalangan remaja selain peningkatan kes HIV membabitkan golongan muda.

“Baru-baru ini saya sempat berkunjung ke Yayasan Aids Malaysia dan dalam pertemuan bersama Pengerusinya, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman mendedahkan bahawa separuh daripada kes baharu HIV membabitkan golongan berusia antara 20 hingga 29 tahun.

“Perkara ini sangat membimbangkan kerana sepatutnya mereka inilah yang mencorakkan ekonomi masa depan Malaysia.

“Sudah sampai masanya kita memperkenalkan pendidikan seksual berasaskan nilai, memperkukuh bimbingan dan kaunseling untuk belia,” katanya.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda