Tidak sampai 24 jam, suspek tembak kenderaan Komander AKPS sudah ditahan

KUALA LUMPUR – Polis sudah menahan suspek yang melepaskan tembakan terhadap kenderaan komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketika ini proses soal siasat sedang dijalankan.

“Kita sudah buat tangkapan tak sampai 24 jam. Sekarang sedang berlaku proses soal siasat,” katanya tanpa memperincikan jumlah tangkapan dibuat.

Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, beliau menjawab soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) yang ingin penjelasan mengenai isu keselamatan pegawai kerajaan di sempadan sebagaimana kes tembakan terhadap kenderaan seorang komander AKPS di Bukit Kayu Hitam, semalam.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution memberi jaminan aspek keselamatan kakitangan yang bertugas di sempadan akan menjadi keutamaan kerajaan.

Beliau berkata, banyak ancaman terkait sempadan antaranya merangkami jenayah rentas sempadan, penyeludupan senjata, penyeludupan dadah, penyeludupan manusia, pendatang asing tanpa izin (PATI), jenayah bersindiket

“Segala usaha ingin memastikan agensi bertanggungjawab di pintu sempadan dan berdepan dengan pelbagai ancaman.

“Kerana itu semalam juga saya keluarkan kenyataan jelas, kita tidak akan tunduk terhadap sebarang ancaman yang berlaku,” tegasnya.

Semalam, kenderaan Proton X70 yang dinaiki Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, ditembak dengan dua das tembakan.

Dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, dua lelaki bermotosikal menghampiri kereta Proton X70 dipandu Nasaruddin ke masjid untuk menunaikan solat Subuh dan melepaskan beberapa das tembakan.

Mohd Nasaruddin terselamat dalam kejadian itu.

Related Posts

Islam tidak pernah dimonopoli: Menilai konflik Iran–Israel dan kematangan Islam Malaysia

PERKEMBANGAN konflik terbaharu melibatkan Israel, Iran dan Amerika Syarikat sekali lagi menguji emosi umat Islam di seluruh dunia. Imej peperangan, korban awam dan ketegangan geopolitik secara semula jadi membangkitkan rasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan serius lahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang 2050

MALAYSIA dijangka bakal melahirkan seramai 125,000 huffaz profesional menjelang 2050. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sasaran ini bukan sekadar angka, sebaliknya ia merupakan strategi nasional untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu Tawau bubar, Ting Khai bersama 16 Jawatankuasa Bahagian keluar parti

Bersatu Tawau bubar, Ting Khai bersama 16 Jawatankuasa Bahagian keluar parti

Miri terus diperkasa sebagai gerbang pelancongan Sarawak

Miri terus diperkasa sebagai gerbang pelancongan Sarawak

Islam tidak pernah dimonopoli: Menilai konflik Iran–Israel dan kematangan Islam Malaysia

Islam tidak pernah dimonopoli: Menilai konflik Iran–Israel dan kematangan Islam Malaysia

Malaysia Airlines gantung semua penerbangan Doha, Jeddah, Madinah

Malaysia Airlines gantung semua penerbangan Doha, Jeddah, Madinah

Iran tubuh Majlis Khas pantau peralihan kuasa

Iran tubuh Majlis Khas pantau peralihan kuasa

Kerajaan serius lahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang 2050

Kerajaan serius lahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang 2050