Prestasi ekonomi wujud ‘feel-good factor’ untuk rakyat

KUALA LUMPUR – Peningkatan prestasi ekonomi negara dan pengukuhan nilai mata wang ketika ini dilihat berjaya mewujudkan ‘feel-good factor’ atau suasana positif dalam kalangan rakyat tanpa mengira latar belakang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkembangan positif itu menjadi pemangkin kepada rakyat untuk terus bersatu dan menyokong aspirasi kerajaan dalam mewujudkan perpaduan lebih mantap.

Beliau berkata, kestabilan ekonomi itu amat penting dalam mendukung keharmonian sebuah negara majmuk seperti Malaysia.

“Apabila kita berada sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan yang ada, kita kekalkan semangat keharmonian ini dan kepelbagaian ini harus kita dukung bersama supaya Malaysia terus aman.

“Dengan peningkatan ekonomi yang baik dan pertukaran mata wang semakin membaik, ia akan menjadikan rakyat terus bersatu mendukung cita-cita kerajaan,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa UMNO di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib-Naib Presiden dan pimpinan parti komponen Barisan Nasional.

Sebelum ini, Jabatan Perangkaan Malaysia dilapor mendedahkan ekonomi Malaysia dijangka terus berdaya tahan bagi suku kedua 2026.

Ia disokong prestasi Indeks Pelopor Disember 2025 yang mencatatkan marginal 0.1 peratus kepada 114.0 mata berbanding 113.9 mata dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi