Tiada arahan dari UM pensyarah hantar gambar bogel hadir ke kampus

PUTRAJAYA – Tiada arahan larangan oleh Universiti Malaya (UM) terhadap pensyarah yang sedang dikenakan tindakan tahan kerja atas dakwaan gangguan seksual untuk hadir ke kampus.

UM menerusi kenyataan memaklumkan,
tiada arahan rasmi daripada pihak fakulti atau jabatan berkaitan yang meminta pensyarah berkenaan hadir ke kampus.

Universiti awam itu menegaskan, hasil tinjauan pihaknya juga mendapati bahawa tiada petunjuk atau saksi yang dapat mengesahkan perkara ini.

“Pensyarah berkenaan telah dihubungi untuk memastikan beliau tidak hadir ke kampus sepanjang tempoh tahan kerja yang dikeluarkan.

“Universiti Malaya sentiasa memastikan keselamatan semua pihak dalam kampus terutamanya para pelajar,” katanya, hari ini.

Semalam, seorang pelajar UM menyatakan kebimbangannya apabila pensyarah yang didakwa melakukan gangguan seksual di institusi pengajian tinggi (IPT) itu masih hadir di kampus.

Terdahulu, UM menjadi perhatian seluruh negara pada 16 Disember lalu selepas seorang pensyarah universiti tersebut didakwa menghantar gambar lucah kepada beberapa pelajarnya.

Kelab Feminisme UM menuntut universiti itu menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap ahli akademik terbabit.

Tiga tuntutan dikemukakan dalam memorandum yang dihantar, antaranya mendesak tugas pensyarah berkenaan digantung, siasatan kes secara adil dan tegas, serta memperbaiki kelemahan polisi anti gangguan seksual sedia ada

Tuduhan terhadap ahli akademik itu didedahkan UMFC kerana mendakwa IPT berkenaan gagal mengambil tindakan yang sewajarnya walaupun banyak laporan telah dibuat.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kemudiannya mengarahkan UM untuk menyiasat perkara tersebut dan universiti itu mengumumkan pensyarah terbabit telah digantung tugas.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy