The Reds cemas sebelum atasi Bournemouth

LIVERPOOL membuka tirai Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan penuh debaran selepas menundukkan Bournemouth 4-2 di Anfield, awal pagi tadi.

Perlawanan sebelum itu berlangsung dalam suasana emosi apabila penghormatan diberikan kepada penyerang Liverpool, Diogo Jota yang maut dalam kemalangan Julai lalu.

Pengendali The Reds, Arne Slot menurunkan empat muka baharu – termasuk Hugo Ekitike – yang meledak gol pertama pada minit ke-37 sebelum membantu Cody Gakpo menggandakan kedudukan awal separuh masa kedua.

Namun, suasana bertukar panas apabila pengadil Anthony Taylor menghentikan permainan sementara selepas penyerang Bournemouth, Antoine Semenyo, mendakwa dirinya menjadi mangsa ejekan perkauman.

Semenyo kemudian membalas di padang dengan dua jaringan minit ke-64 dan 76 untuk mengikat kedudukan 2-2, sekali gus hampir menghadiahkan satu mata buat The Cherries.

The Reds bagaimanapun bangkit di hujung permainan menerusi gol sulung Federico Chiesa minit ke-88, sebelum Mohamed Salah memastikan kemenangan dengan penyudah kemas di depan The Kop.

Tiga mata awal di laman sendiri ternyata melegakan penyokong The Reds, sekali gus memberi isyarat awal bahawa misi mempertahankan kejuaraan liga musim ini sudah bermula.

Related Posts

Norris tutup musim F1 selaku juara, tamat penguasaan Verstappen

LANDO Norris menutup musim Formula Satu (F1) 2025 dengan bergaya apabila muncul juara dunia buat kali pertama, sekali gus menamatkan dominasi Max Verstappen yang menyandang gelaran itu selama empat tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Salah hampir pasti tinggalkan Liverpool

AL-HILAL dilaporkan bersedia melancarkan bidaan pada Januari ini untuk mendapatkan Mohamed Salah selepas pemain itu memberi bayangan mahu meninggalkan Liverpool. Bintang Mesir berusia 33 tahun itu menggemparkan dunia bola sepak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang