MARA sedia pinjaman sehingga RM1.5 juta bantu usahawan OKU

SIBU – Golongan usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) digesa merebut peluang pinjaman sehingga RM1.5 juta yang disediakan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi memperkukuh perniagaan dan meningkatkan pendapatan masing-masing.

Timbalan Menteri Kemajuan, Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MARA dalam menyediakan ekosistem keusahawanan yang lengkap kepada semua golongan termasuk latihan, pembiayaan, pembangunan program dan pemantauan berterusan.

“Sehingga kini, MARA mempunyai lebih 60,000 usahawan aktif dalam pelbagai kategori mikro, kecil dan sederhana dengan 60 peratus daripadanya berada dalam kategori mikro yang mencatat pendapatan kurang RM300,000 setahun.

“Kita menyediakan latihan, geran, pinjaman, dan lebih 14 program keusahawanan yang telah diformatkan untuk memastikan usahawan dapat berkembang secara sistematik,” katanya ketika mengadakan program walkabout di premis Duri Cendol, di sini, malam tadi.

Ahli Parlimen Kota Samarahan itu menjelaskan tujuan program tersebut adalah untuk mempromosikan kisah kejayaan usahawan OKU dan menggalakkan lebih ramai tampil memohon bantuan yang disediakan.

“Kalau ada usahawan OKU lain yang memerlukan bantuan tetapi belum mengetahui, saya harap mereka akan tampil ke depan. MARA boleh menyediakan peruntukan antara RM500,000 hingga RM1.5 juta bagi tujuan pinjaman untuk golongan istimewa. Ini cara kita membantu,” ujar beliau lagi.

Duri Cendol milik Mohamad Hazemi Mat yang juga OKU pendengaran menjadi contoh kejayaan hasil bimbingan MARA.

Dengan pembiayaan Skim OKU berjumlah RM50,000 dan penyertaan dalam program MERIT (Digitalize Your Restaurant), perniagaan itu mencatat peningkatan pendapatan kasar sebanyak 30 peratus hanya dalam tempoh tiga bulan.

Rubiah berharap lebih ramai usahawan, khususnya golongan OKU di Sarawak akan memanfaatkan kemudahan yang ditawarkan MARA bagi memperkukuh perniagaan serta meningkatkan taraf hidup.

Related Posts

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

SETIAP kali menghampiri Aidilfitri, ramai di antara kita yang menghadapi tekanan kewangan. Mahu menyediakan belanja raya untuk keluarga. Mahu wajah anak bini berseri-seri gembira di pagi raya. Menyedari konteks ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit