Sofyank teruja jumpa Jackie Chan

PUTRAJAYA – Pempengaruh media sosial, Sofyank, 29, bersyukur dapat bertemu pelakon legenda Hong Kong, Jackie Chan, di sebuah acara di Beijing dan menyifatkan ia sebuah lagi ‘impian jadi kenyataan’.

Sofyank atau nama sebenarnya Muhammad Sofian Abdullah bagaimanapun sedikit terkilan apabila perancangan asal menghasilkan video bersama Jackie tidak kesampaian.

“Alhamdulillah waktu di Beijing, kami berpeluang berjumpa dengan aktor legenda, iaitu Jackie Chan. Plan asal kami akan shoot video vfx (kesan visual khas) bersama dengan Jackie Chan.

“Tetapi disebabkan kesuntukan masa, tidak sempat untuk kami tunaikan pelan terbabit. Tetapi tak mengapa, memori bertemu mata dengan seorang legenda dunia yang sering mewarnai tv zaman kanak-kanak kita semua dulu, sudah cukup memadai untuk kami.

“Pertemuan kali ini menambahkan lagi semangat baru dalam diri kami untuk terus menghasilkan konten,” katanya berkongsi keterujaan itu menerusi hantaran di media sosialnya.

Dalam pada itu, Sofyank mengakui pertemuan terbabit sememangnya menaikkan lagi semangatnya untuk terus cuba mewarnai dan menghiburkan hari-hari semua dengan konten dihasilkan.

Kunjungan Sofyank dan pasukannya ke Beijing itu bersempena pelancaran filem The Shadows Edge.

Terdahulu, pempengaruh terbabit pernah mengagumkan ramai apabila berpeluang menjalani penggambaran video VFX bersama bintang Hollywood, Tom Cruise.

Related Posts

M Nasir pencipta dengan pendapatan tertinggi

KOMPOSER dan ‘sifu’ dalam industri muzik tanah air, Datuk M Nasir diumumkan sebagai Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi di Anugerah MACP 2025 yang berlangsung malam tadi. M Nasir dalam ucapan kemenangannya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Legenda Bollywood, Dharmendra tutup usia

DUNIA perfileman Bollywood kehilangan satu permata seni apabila pelakon veteran, Dharmendra disahkan meninggal dunia pada usia 89 tahun di kediamannya di Juhu, India. Berita pemergian beliau dikongsikan pengarah terkenal, Karan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam