Thailand rekod lebih 700,000 kes influenza

BANGKOK – Thailand merekodkan lebih 700,000 kes influenza sejak awal tahun ini dengan 61 kematian dilaporkan, menurut Pejabat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (ODPC).

Dalam satu kenyataan pada Khamis, ODPC menasihatkan orang ramai di seluruh negara berwaspada semasa peralihan dari musim hujan ke musim sejuk kerana penyakit itu mudah merebak akibat perubahan cuaca.

“Sejumlah 702,238 kes influenza direkodkan di seluruh negara setakat ini, dengan 61 kematian, terutamanya dalam kalangan warga emas dan kanak-kanak kecil.

“Pihak berkuasa menasihatkan kumpulan berisiko tinggi mendapatkan suntikan vaksin selesema tahunan,” katanya.

Pengarah ODPC 9 di Nakhon Ratchasima, Dr Taweechai Visanuyothin berkata, situasi influenza di Thailand menimbulkan kebimbangan, khususnya pada penghujung musim hujan hingga awal musim sejuk.

Beliau berkata dari 1 Januari hingga 8 Oktober 2025, sebanyak 702,238 kes dilaporkan di seluruh negara dengan kadar insiden 1,081.83 bagi setiap 100,000 penduduk, manakala 61 kematian direkodkan bersamaan kadar kematian 0.09 bagi setiap 100,000 penduduk.

“Penyakit ini merebak melalui batuk, bersin atau sentuhan dengan titisan mukus atau air liur daripada individu yang dijangkiti.

“Mereka yang dijangkiti mungkin mengalami demam panas, hidung berair, batuk, sakit tekak, sakit kepala, keletihan dan sakit otot,” jelasnya.

Beliau berkata, influenza boleh menyerang individu daripada semua peringkat umur dan sering mencetuskan penularan kelompok di tempat seperti sekolah, penjara, kem tentera dan tempat kerja.

Dr Taweechai berkata pihak berkuasa kesihatan Thailand akan terus memantau keadaan dengan teliti serta memastikan akses vaksin di seluruh negara.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16