Aktivis Britain gagal dikesan lepas ditahan Israel

LONDON – Aktivis yang juga wartawan Britain, Yvonne Ridley yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan ‘hilang’ selepas ditahan di penjara Israel.

Media memetik kenyataan sumber pada Ahad melaporkan, Ridley, 67, sepatutnya dipindahkan dari Tel Aviv ke Istanbul, namun ‘hilang tanpa jejak’ ketika proses tersebut.

“Keberadaannya ketika ini tidak diketahui,” jelas laporan itu.

Difahamkan, wanita itu bersama aktivis antarabangsa yang lain ditempatkan di Penjara Ketziot dan dinafikan akses kepada ubat-ubatan.

Dia hanya diberikan akses kepada konsular pada Jumaat dan keadaan kesihatannya dikatakan amat membimbangkan.

“Keluarganya dimaklumkan tentang layanan buruk diterima Ridley. Zionis merampas bekalan ubatnya dan menggantikan dengan ubat lain. Tetapi, dia enggan mengambilnya,” menurut laporan tersebut lagi.

Wanita itu bersama hampir 500 aktivis dan pempengaruh dari puluhan negara menyertai misi bersejarah GSF yang bertujuan mahu memecahkan kepungan haram di Genting Gaza, namun kapal mereka dipintas sejurus memasuki zon merah.

  • Related Posts

    Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

    TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

    ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

    Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

    3 maut ditembak dalam restoran

    3 maut ditembak dalam restoran

    PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

    PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

    Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

    Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

    Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

    Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

    UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

    UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16