Thadeus Ling kekal terajui SDNU Kuching, komited perkasa masyarakat Dayak

KUCHING – Thadeus Ling Allu kekal sebagai Pengerusi Sarawak Dayak National Union (SDNU) Cawangan Kuching bagi penggal 2025-2028, susulan pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Ke-9 yang berlangsung semalam.

Pemilihan barisan kepimpinan baharu ini diselaraskan oleh wakil SDNU Pusat iaitu Belayong Pok, Jetphre Empali dan Spencer Birai. 

Manakala, Petrus Ngalih Tingi dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, menggantikan Gat Belabot, manakala Dr. Stanley Abang dan Alice Vynar masing-masing menggalas tanggungjawab sebagai Setiausaha dan Bendahari.

Thadeus menegaskan pemilihan ini amat signifikan berikutan ulang tahun ke-10 penubuhan SDNU Kuching pada tahun ini.

“Kita bukan sekadar menyambut jubli, tetapi turut melancarkan pelan strategik baharu yang lebih menyeluruh,” katanya.

Ujarnya, pelan tiga tahun itu akan memberi fokus kepada empat teras utama iaitu pendidikan, kebudayaan, kebajikan dan pembangunan belia. 

Antara inisiatif yang dirancang ialah Kursus Pertanian Moden bersama Jabatan Pertanian, Karnival Kebudayaan Dayak dan Program Mentor Belia.

SDNU Kuching, dengan lebih 1,000 ahli dan kerjasama erat bersama Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) terus komited menjadi platform utama memperkasa komuniti Dayak. 

Kesatuan ini juga akan menghantar 15 wakil ke Mesyuarat Agung SDNU Pusat akan datang.

Mesyuarat turut menghargai jasa AJK 2022-2025, dengan Thadeus menyampaikan penghargaan atas sumbangan mereka dalam memacu kejayaan SDNU Kuching sehingga kini.

Related Posts

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

LIMBANG – Penganjuran Agro Tamu Medamit terus menjadi platform penting dalam merancakkan pertumbuhan sosioekonomi komuniti luar bandar, khususnya di kawasan Medamit dan Batu Danau. Program anjuran Jawatankuasa Tamu Medamit itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang Asli Gua Musang risau projek jalan perhubungan desa tertangguh

GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli di beberapa pos pedalaman di sini meluahkan kebimbangan apabila projek Jalan Perhubungan Desa yang sedang dibina didakwa terhenti sejak lebih tiga bulan lalu tanpa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu tinggalkan sikap khianat jika mahu UMNO laksana perubahan

Pas perlu tinggalkan sikap khianat jika mahu UMNO laksana perubahan

PH Negeri Sembilan terus raih sokongan akar umbi

PH Negeri Sembilan terus raih sokongan akar umbi

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

Orang Asli Gua Musang risau projek jalan perhubungan desa tertangguh

Orang Asli Gua Musang risau projek jalan perhubungan desa tertangguh

Jurukimpal dipenjara 33 tahun, 32 sebatan rogol anak tiri

Jurukimpal dipenjara 33 tahun, 32 sebatan rogol anak tiri

Cadangan ADUN lantikan cetus perdebatan, PKR negeri suarakan kebimbangan

Cadangan ADUN lantikan cetus perdebatan, PKR negeri suarakan kebimbangan