BN pertaruh kredibiliti Ustaz Yusri pertahan DUN Ayer Kuning

BARISAN Nasional (BN) menaruh keyakinan kepada kredibiliti Dr Ustaz Yusri Bakir untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 26 April ini.

Berusia 54 tahun, Yusri merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ipoh selain menggalas tanggungjawab sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Tapah.

Pengerusi BN Perak yang juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad telah mengumumkan Yusri sebagai calon BN bertanding di PRK Ayer Kuning dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna di Temoh berdekatan Tapah, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga barisan pucuk pimpinan BN.

Menurut Saarani, BN Perak mempunyai enam calon yang berwibawa untuk dipilih bertanding namun pemilihan Yusri disifatkan mempunyai ciri-ciri terbaik daripada yang terbaik.

PRK Ayer Kuning terpaksa diadakan berikutan kematian penyandang Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lalu kerana serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 12 April ini manakala hari pengundian awal pada 22 April.

Related Posts

Akar umbi UMNO perlu kuasai media sosial, mahir AI

KUANTAN – Penguasaan teknologi digital termasuk kecerdasan buatan (AI) menjadi antara faktor terpenting menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang. Justeru, semua ahli UMNO perlu mempelajari dan menguasai kemahiran baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda