TH lantik 31 syarikat pengelola jemaah haji

PUTRAJAYA – Sebanyak 31 syarikat pelancongan diberikan lesen rasmi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk menawarkan pakej haji bagi musim 1447H/2026M.

Pemilihan dibuat selepas semakan teliti meliputi aspek kewangan, pematuhan undang-undang, rekod pengurusan jemaah serta prestasi terdahulu.

Ketua Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Mohd Hisham Harun berkata, Jawatankuasa Urusan Haji melaksanakan penilaian terhadap permohonan lesen daripada 60 syarikat sebelum memilih 31 syarikat sebagai PJH, berbanding 37 pada musim lalu.

“Selepas semakan teliti meliputi aspek keupayaan kewangan, pematuhan undang-undang, rekod pengurusan jemaah serta prestasi operasi terdahulu, 31 syarikat diluluskan berbanding 37 syarikat musim lalu,

“Pelantikan ini mencerminkan komitmen berterusan TH dalam memastikan PJH beroperasi mengikut piawaian, garis panduan dan syarat ditetapkan, selaras tanggungjawab TH sebagai peneraju urusan haji negara,” katanya, seperti dilapor Bernama.

Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati terhadap tawaran pakej haji oleh pihak tidak berlesen dan semua bakal jemaah disaran menyemak senarai rasmi PJH berlesen melalui portal TH di http://www.tabunghaji.gov.my.

“Sebarang tawaran haji oleh pihak tidak berlesen adalah menyalahi Akta Tabung Haji 1995 dan boleh dianggap sebagai penipuan (scam),” katanya.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau agensi terbabit dan menggesa umat Islam yang berhasrat menunaikan haji supaya hanya berurusan dengan PJH yang sah dan dilesenkan oleh TH.

Syarikat Pengelola Jemaah Haji 1447H/2026M yang dilantik ialah TH Travel & Services Sdn Bhd, Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd, Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd, Amani Travel Sdn Bhd, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Az Safir Travel And Tours Sdn Bhd, Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd dan Busyra Holidays Sdn Bhd dan CS Holidays Sdn Bhd.

Selain itu, Eiman Travel & Tours Sdn Bhd, FELDA Travel Sdn Bhd, Gemilang Travel And Tours Sdn Bhd, Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd, In Saff Travel And Tours Sdn Bhd, Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd, JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd, Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd, Juara Travel & Tours Sdn Bhd dan Kembara Umrah Sdn Bhd.

Turut dilantik KRS Travel Sdn Bhd, KUJDT (Tiara Mass Travel & Tours Sdn Bhd), Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd, MIMM Travel & Tours Sdn Bhd, Qashwa Travel Sdn Bhd, Rayhar Travels Sdn Bhd, Rehlah International Travel & Tours Sdn Bhd, Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn Bhd, TITIM Travel Sdn Bhd, Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd, Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd dan Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16