Terra Mineral Lab, makmal analisis unsur nadir bumi bukan radioaktif pertama di Malaysia

IPOH – Terra Mineral Lab Sdn Bhd (TML) mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi makmal analisis unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) komersial pertama di Malaysia.

Terletak di kawasan Perindustrian Gopeng, Simpang Pulai, di sini, TML yang beroperasi di bawah seliaan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc), turut dilengkapi dengan peralatan saintifik berteknologi tinggi bertaraf dunia.

Selain itu, makmal berkenaan mempunyai keupayaan unggul dalam menganalisis, mengenal pasti dan menentusahkan kandungan mineral, khususnya NR-REE.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri menerusi MB Inc dalam membangunkan industri mineral secara bertanggungjawab, selaras dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.

Ujarnya, TML dikendalikan oleh 15 pakar tempatan yang terdiri daripada graduan terlatih dari universiti tempatan secara tidak langsung membuktikan kejayaan dalam membangunkan bakat setempat.

“Pembangunan industri NR-REE ini bukan sahaja memberi manfaat kepada ekonomi negeri, malah turut membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan selain meletakkan Perak di peta global industri mineral.

“Bahkan TML kini menawarkan perkhidmatan analisis mineral kepada pelbagai pihak berkepentingan industri, bukan sahaja di Perak malah di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim melawat makmal TML dan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Mineral (CoE) di kawasan Perindustrian Gopeng, Simpang Pulai, pada Sabtu.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi Inovasi, Chang Lih Kang dan Ketua Pegawai Eksekutif (MB Inc), Datuk Anuar Zainal Abidin.

Dalam lawatan tersebut, baginda berdua turut berkenan mendengar taklimat keselamatan dan pengoperasian oleh Anuar.

Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke kilang pusat pemprosesan (CPP) secara percubaan, Malaco Minning Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Tungzen Kampung Kepayang, dekat Simpang Pulai.

Kilang pemisahan bahan galian kritikal ini mencapai kejayaan awal dengan berjaya mengasingkan empat kumpulan unsur nadir bumi (REE).

Pencapaian ini membuktikan keupayaan teknologi tempatan dalam mengasingkan elemen-elemen REE yang penting.

Elemen tersebut merangkumi lanthanum cerium (Lace), praseodymuim neodymium (PrNd), samarium europium gadolinium (SEG) dan heavy rare earth element (HREE).

Related Posts

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

SANDAKAN – Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sandakan, Ceelecia Reeka Mosungin, 21, dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Sandakan pada sambutan peringkat daerah yang berlangsung, pada Sabtu. Kemenangan itu membolehkan Ceelecia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

SANDAKAN – Sambutan Pesta Kaamatan di daerah ini disifatkan sebagai platform terbaik dalam menyatukan masyarakat pelbagai kaum serta merapatkan hubungan politik tanpa mengira fahaman parti. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

Kekeliruan istilah ‘sekolah daif’ perlu diperbetulkan

Kekeliruan istilah ‘sekolah daif’ perlu diperbetulkan

Dua penagih ditahan Maritim Malaysia tahan bawa 35 batang kayu curi

Dua penagih ditahan Maritim Malaysia tahan bawa 35 batang kayu curi