M-Bike khidmat ambulans bermotosikal pertama di Perak kendalian swasta

IPOH – Syarikat penyedia perkhidmatan kesihatan, MK Ambulance Service yang merupakan anak syarikat My Healthcare Services Sdn Bhd (My Healthcare Services) memperkenalkan khidmat terbaharunya iaitu unit ambulans bermotosikal (M-Bike).

Ia secara tidak langsung merupakan perkhidmatan ambulans bermotosikal pertama seumpanya di negeri Perak yang ditawarkan oleh syarikat swasta.

Pengasas dan Pengarah My Healthcare Services, Mazhar Kadir berkata, dua buah motosikal disediakan bagi perkhidmatan tersebut iaitu sebuah skuter jenis Husky dan motosikal Kawasaki Ninja.

Ujarnya, perkhidmatan M-Bike melibatkan pelaburan syarikat kira-kira RM70,000 bagi membeli dua motosikal beserta kelengkapan.

Kelebihan ambulans bermotosikal ialah ia boleh dikerahkan ke lokasi lebih cepat sesuai dengan kebolehan motosikal termasuk ketika jalan sesak.

“Unit ambulans bermotosikal ini dikendalikan masing-masing seorang jururawat dan pembantu kesihatan yang bertindak sebagai barisan hadapan kecemasan.

“Mereka terlatih bagi memberi rawatan kecemasan dan bantuan sebelum ketibaan ambulans.

“Dengan M-Bike pasukan perkhidmatan MK Ambulans dapat menambah baik rawatan kecemasan selain menyediakan bantuan perubatan yang lebih pantas,” katanya ketika Majlis Perasmian M-Bike di MK Ambulance Service di Jalan Kamaruddin Isa, di sini, baru-baru ini.

Jelas Mazhar, setiap motosikal dibekalkan dengan gas oksigen serta kelengkapan asas seperti dalam ambulans.

“Kos membeli motosikal adalah sebanyak RM58,000 dan selebihnya bagi alat-alat yang dibekalkan pada setiap motosikal.

“Dari segi caj perkhidmatan, kita mengenakan caj sebanyak RM50 bagi setiap panggilan, manakala kos selanjutnya bergantung kepada jenis rawatan yang diberikan,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, kata Mazhar, perkhidmatan M-Bike ini turut ditawarkan kepada hospital kerajaan bagi memberikan bantuan kecemasan awal.

“Kita ada menerima permintaan daripada hospital kerajaan untuk perkhidmatan M-Bike terutama bagi kes-kes kecemasan.

“Malah, bagi perancangan seterusnya, kita juga berhasrat menjalinkan kerjasama dengan pihak-pihak hospital termasuk swasta untuk menawarkan perkhidmatan M-Bike ini,” katanya.

Perkhidmatan M-Bike ini melengkapkan 12 buah ambulans sedia ada syarikat yang turut mempunyai cawangan di Golden Hills, Cameron Highlands.

Related Posts

24 warga China dihantar pulang, disenarai hitam Imigresen Sabah

TAWAU – Seramai 24 warganegara China termasuk seorang wanita dihantar pulang ke negara asal melalui penerbangan udara turut disenaraihitamkan daripada memasuki negara ini. Jabatan Imigeresen Malaysia Sabah dalam kenyataan memaklumkan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai stok pasir sungai di Pahang mencecah RM500 juta – Wan Rosdy

KUANTAN – Kerajaan Pahang berharap diberi pertimbangan sewajarnya oleh Kerajaan Persekutuan berhubung kelulusan eksport pasir sungai bagi tujuan meningkatkan kutipan hasil negeri. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

24 warga China dihantar pulang, disenarai hitam Imigresen Sabah

24 warga China dihantar pulang, disenarai hitam Imigresen Sabah

Tun M gagal satukan Melayu kerana percaturan politik sendiri

Tun M gagal satukan Melayu kerana percaturan politik sendiri

Nilai stok pasir sungai di Pahang mencecah RM500 juta – Wan Rosdy

Nilai stok pasir sungai di Pahang mencecah RM500 juta – Wan Rosdy

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

SPRM Sabah perkukuh pencegahan, pembudayaan integriti dalam usaha banteras rasuah

  • By Ynom
  • May 9, 2026
SPRM Sabah perkukuh pencegahan, pembudayaan integriti dalam usaha banteras rasuah

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming