Tentera, polis mengundi awal esok

PUTRAJAYA – Seramai 4,510 anggota tentera dan pasangan serta 401 anggota polis akan mengundi awal dalam pilihan raya kecil (PRK) Mahkota, Kluang, Johor, esok.

Proses pengundian akan berlangsung di tiga pusat mengundi awal iaitu di Dewan Mahkota yang terletak dalam Kem Mahkota, Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang dan Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim.

Semua pusat mengundi akan dibuka jam 8 pagi dan ditutup pada 5 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik di bandar Kluang pagi esok namun ribut petir dijangka melanda pada sebelah petang.

PRK Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Syed Hussien Syed Abdullah dan Perikatan Nasional, Mohamad Haizan Jaafar.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

Terdapat 66,318 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRK itu.

Related Posts

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

PUTRAJAYA – Sistem pendaftaran keahlian UMNO secara dalam talian mencatat sambutan menggalakkan apabila seramai 3,716 ahli baharu berjaya direkodkan dalam tempoh kurang 24 jam sejak dilancarkan. Berdasarkan data dikongsi Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MEMALUKAN! Demikian perkembangan terkini yang mengaitkan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dengan pertikaian undang-undang berhubung kenyataan terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bukan sekadar isu individu. Ia membuka persoalan lebih besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar