Kadar inflasi negara turun 1.9 peratus pada Ogos

PUTRAJAYA – Kadar inflasi Malaysia bagi Ogos 2024 mereda kepada 1.9 peratus, dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) mencecah 133.2, berbanding 130.7 pada bulan yang sama tahun sebelum itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam laporan IHP bagi Ogos 2024, DOSM berkata, peningkatan inflasi didorong peningkatan bagi kumpulan utama restoran dan perkhidmatan penginapan (3.2 peratus); penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.2 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api Lain (3.1 peratus) dan rekreasi, sukan dan kebudayaan (2.0 peratus).

Walau bagaimanapun, pakaian dan kasut masih kekal negatif 0.2 peratus pada Ogos 2024.

DOSM berkata, kumpulan makanan dan minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP meningkat 1.6 peratus pada Ogos 2024, kadar yang sama direkodkan pada Julai 2024.

Dalam kumpulan ini, subkumpulan utama makanan di rumah meningkat 0.3 peratus terutamanya disumbangkan inflasi kelas perbelanjaan sayur-sayuran yang merekodkan peningkatan sebanyak 2.2 peratus (Julai 2024: 2.9 peratus).

Inflasi bagi kelas perbelanjaan daging menurun kepada negatif 0.7 peratus pada Ogos 2024 (Julai 2024: -1.1 peratus), dengan ayam segar, yang merupakan komponen terbesar dalam kategori ini iaitu sebanyak 32.6 peratus merekodkan penurunan 2.2 peratus (Julai 2024: -2.7 peratus).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.9 peratus, kecuali Pulau Pinang (3.3 peratus), Pahang (2.8 peratus), Sarawak (2.5 peratus) dan Selangor (2.3 peratus).

“Kesemua negeri mencatatkan peningkatan dalam inflasi makanan dan minuman dengan kadar tertinggi dicatatkan oleh Selangor pada 2.8 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (2.7 peratus), Sarawak (2.0 peratus), Pahang (1.9 peratus), Putrajaya (1.8 peratus) dan Terengganu (1.6 peratus),” katanya.

DOSM juga berkata, inflasi Malaysia lebih rendah berbanding Vietnam (3.5 peratus), Filipina (3.3 peratus), Indonesia (2.1 peratus), dan Republik Korea (2.0 peratus).

Related Posts

Kerajaan pastikan pengeksport tempatan patuhi piawaian antarabangsa

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan semua syarikat tempatan yang mengeksport barangan ke Amerika Syarikat (AS) mematuhi setiap standard dan piawaian antarabangsa yang ditetapkan. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit kukuh bantu stabilkan kos projek solar Babagon

KOTA KINABALU – Pengukuhan nilai ringgit Malaysia bantu menstabilkan kos bahan bagi projek tenaga solar di Sabah, sekaligus mengurangkan kebimbangan terhadap kenaikan harga bahan projek tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif Jetama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan