Masyarakat diseru amalkan gaya hidup sihat – Dr Sim

SERIAN – Makan berlebihan menjadi punca utama trend peningkatan masalah kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung yang semakin membimbangkan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian menjelaskan situasi ini mengambarkan langkah segera dan proaktif perlu diambil untuk meningkatkan kesedaran masyarakat.

Beliau yang juga merupakan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak menyeru supaya masyarakat bertanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri.

“Saya menyarankan untuk mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman seharian bersesuaian dengan slogan ‘Gula: 1 Sudu Teh Dah Cukup, Kurang Lebih Baik, Tiada Terbaik!’.

“Ramai dalam kalangan kita menghadapi isu ‘over nutrition’ yang menyumbang kepada penyakit jantung dan kanser. Penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes juga berkait rapat dengan masalah ini. Oleh itu, focus kita bukan hanya merawat penyakit tetapi mengamalkan gaya hidup sihat” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Kesihatan Sempena Sambutan Bulan Pemakanan Peringkat Sarawak dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bahagian serian di Pusat Persidangan Serian (SCC) pada Sabtu.

Turut hadir Ahli Parlimen Serian, Dato’ Sri Richard Riot Jaem, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Veronica Lugah, Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph, Pegawai Kesihatan Bahagian Serian Dr Majorie Ensayan Junting dan Pegawai Daerah Serian Inting Nyami.

Karnival yang bertemakan ‘Ubah Minda, Cegah Penyakit Berkaitan Pemakanan’ anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak itu merupakan matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membanteras prevalen obesiti dan NCD lain yang berkaitan pemakanan di Malaysia.

Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang karnival ini berlangsung seperti demotrasi masakan, saringan kesihatan, derma darah, senamrobik, pertandingan snek sihat, ujian kecerdasan, jualan Rahmah, pameran agensi, semakan saman PDRM, pertandingan mewarna dan pameran gigi.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan