Tengku Razaleigh yakin dengan kemampuan Mohd Azmawi

TENGKU Razaleigh Hamzah yakin dengan keupayaan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani untuk menjadi wakil rakyat kawasan itu jika terpilih.

Beliau yang juga Pengarah bagi pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri untuk BN secara peribadi yakin dengan kemampuan Mohd Azmawi untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu.

“Alhamdulillah, proses penamaan calon pagi tadi (semalam) berjalan lancar dan kami daripada BN sepakat memilih saudara Azmawi Fikri atau Awi sebagai calon untuk PRK DUN N43 Nenggiri.

“Ambo (saya) secara peribadi yakin dan percaya kepada kemampuan saudara Awi untuk menerajui DUN Nenggiri kito kali nih (kali ini).

“Marilah pakat bui (bagi) sokongae (sokongan) padu ko (kepada) calon 02 Awi kito 17 haribulae (haribulan) nihhh,” tulis Tengku Razaleigh di Facebooknya.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara wakil BN Mohd Azmawi dengan calon Pas, Mohd Rizwadi Ismail.

Mohd Azmawi yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan menggalas cabaran bagi merampas kembali kerusi berkenaan.

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian Bersatu pada 13 Jun lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Mohd Azizi menang dengan majoriti 810 undi apabila mendapat 6,517 undi, berbanding calon BN, Ab Aziz Yusoff yang memperoleh 5,707 undi.

Related Posts

Jangan bermusuh, kita bukan sempurna – Wan Azizah

PENGERUSI Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan penyokong parti supaya tidak berpecah-belah, sebaliknya bekerjasama demi mempertahankan parti. Beliau berkata, PKR telah menempuh laluan berliku yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta