Takiyuddin dakwa Pas restu Rizwadi keluar parti jadi calon PN

GUA MUSANG – Pas menegaskan tidak timbul sebarang isu pemilihan calon Bersatu, Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri kerana hubungan kedua parti itu seperti ‘adik dan kakak’.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pucuk pimpinan parti merestui Mohd Rizwadi keluar daripada parti untuk menyertai Bersatu dan bertanding pada PRK itu menggunakan logo Pas.

“Sekarang ini ramai pihak yang memainkan isu calon Bersatu adalah orang Pas.

“Apa yang saya boleh katakan, Pas dan Bersatu ibarat ‘dua beradik’ dalam keluarga PN.

“Pas adalah ‘kakak’, manakala Bersatu adalah ‘adik’.

“Situasi yang berlaku apabila ‘si adik’ (Bersatu) mempunyai ladang, kebun getah yang luas namun kekurangan anak lelaki menyebabkan dia meminta bantuan anak ‘kakaknya’ (Pas).

“Manakala bagi pihak ‘kakak’ (Pas), sudah tentu dia akan membantu apabila ‘adik’ meminta pertolongan.

“Situasi ini yang berlaku di PRK DUN Nenggiri… di mana ‘adik beradik’ saling tolong menolong dan ianya tidak perlu dijadikan isu,” katanya ketika berceramah di Kampung Bertam Lama, di sini, malam tadi.

Hadir sama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, pihak tertentu sengaja memainkan isu calon memandangkan tiada isu lain boleh dibangkitkan.

“Kita pimpinan Pas sudah merestui Mohd Rizwadi atau Ustaz Wadi menyertai Bersatu dan menjadi calon… memandangkan kami adalah ‘adik beradik’,” katanya lagi.

PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.

BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan, manakala pencabarnya daripada Pas, Mohd Rizwadi.

Kedua-dua mereka diumum sebagai calon layak bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud, selepas selesai proses penamaan calon pada 10 pagi di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, pagi semalam.

Related Posts

Jangan bermusuh, kita bukan sempurna – Wan Azizah

PENGERUSI Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan penyokong parti supaya tidak berpecah-belah, sebaliknya bekerjasama demi mempertahankan parti. Beliau berkata, PKR telah menempuh laluan berliku yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau