Impian gangsa tidak kesampaian

KUALA LUMPUR – Impian Pearly Tan-M Thinaah melakar sejarah selaku beregu wanita pertama negara membawa pulang pingat dari bumi Paris tidak kesampaian.

Ia selepas gandingan negara itu tewas di tangan beregu nombor empat dunia dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida 21-11, 21-11 pada perlawanan penentuan pingat gangsa yang berlangsung selama 44 minit itu.

Badi kekalahan di tangan gandingan Jepun itu berterusan untuk Pearly-Thinaah apabila mereka hanya melakar satu kemenangan daripada 11 pertemuan antara mereka, iaitu ketika di Terbuka Perancis 2022.

Pada perlawanan malam ini yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, Pearly-Thinaah dilihat kurang selesa dengan corak permainan mereka apabila pada satu ketika ketinggalan 4-11.

Gandingan negara itu cuba merapatkan jurang namun lawan mereka kekal fokus sebelum memenangi set pertama.

Sedar memerlukan kemenangan di set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan, Pearly-Thinaah bagaimanapun masih bergelut dengan rentak permainan sebelum akur tewas di tangan gandingan Jepun itu.

Related Posts

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

COVENTRY City akhirnya kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas 25 tahun apabila mengesahkan ‘kenaikan pangkat’ awal pagi tadi. Skuad kendalian Frank Lampard mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park, keputusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

ASTON Villa membelasah Bologna manakala Nottingham Forest menewaskan FC Porto pada aksi Liga Europa awal pagi tadi untuk menempah pertembungan sesama kelab England di separuh akhir. Mendahului 3-1 menerusi aksi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM