Tempoh perkhidmatan bukan ukuran penjawat awam dinaikkan pangkat

MELAKA – Tempoh perkhidmatan seseorang penjawat awam bukan satu ukuran atau jaminan untuk mereka dinaikkan pangkat, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Menurut beliau, seseorang itu akan dinilai berdasarkan indeks prestasi utama (KPI) yang ditetapkan selain berilmu pengetahuan.

“Zaman ‘seniority’ mendahului proses kenaikan pangkat sudah berlalu. Justeru, penjawat awam hari ini mestilah sentiasa berusaha melaksanakan tugas melangkaui kemampuan agar sentiasa berada pada tahap prestasi yang optimum,” katanya.

Tambah Rauf, penjawat awam di negeri ini juga diingatkan agar sentiasa memelihara tatakelola yang baik serta bertindak sebagai ejen perantara rakyat dan kerajaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik.

Jelas Ab Rauf, program turun padang ‘Wakil Rakyat kepada Rakyat’ akan dilaksanakan dengan lebih kerap dalam usaha memahami keperluan rakyat sehingga ke akar umbi.

“Usaha ini merupakan pendekatan baharu yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri agar kehadiran penjawat awam dalam komuniti dirasai oleh masyarakat,” katanya.

Tegas beliau, semua penjawat awam diingatkan agar terus berpegang teguh kepada integriti dan tidak sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat rahsia kerajaan selaras Akta Rahsia Rasmi 1972 yang mengklasifikasikannya sebagai ‘rahsia rasmi.’

Terdahulu, Ab Rauf mengesahkan 468 penjawat awam menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang manakala 39 lagi menerima Anugerah Khas Perkhidmatan.

Beliau turut menjelaskan anugerah itu merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada penjawat awam yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang 2023.

Related Posts

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

JITRA – Bapa kepada dua beradik yang cedera akibat bermain mercun bola di kawasan rumah mereka di Kampung Baru, Kuala Nerang pada 19 Mac lalu ditahan bagi membantu siasatan berhubung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

KUCHING – Dalam usaha menyokong rakan pemandu sepanjang bulan Ramadan, Maxim menganjurkan program berbuka puasa bersama serta menyampaikan bantuan keperluan asas kepada pemandu yang memerlukan. Menurut kenyataan rasmi Maxim, pihak Maxim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

  • By Winny
  • March 27, 2025
Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM