PRN17: Kerjasama PH, BN Sabah wujud kestabilan politik pusat, negeri

TAWAU – Kerjasama Barisan Nasional (BN) Sabah dan Pakatan Harapan (PH) Sabah mampu membawa keputusan yang positif pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) sekali gus mewujudkan kestabilan politik di peringkat pusat dan pegeri.

Timbalan Pengerusi Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Ghazalie Ansing berkata, sebarang keputusan UMNO Sabah atau BN Sabah adalah atas dasar kuasa autonomi yang diberikan.

“Saya berkeyakinan gabungan BN PH pada PRN17 akan berlaku, sama seperti kenyataan Presiden UMNO, namun perlu diperhalusi seperti kenyataan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.

“Kerjasama ini baik untuk mengukuhkan lagi hubungan dua parti utama yang membentuk kerajaan di peringkat pusat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Penerangan UMNO Tawau, pada Khamis.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau berkata, UMNO Sabah terbuka untuk berkerjasama dengan parti-parti lain di Sabah bagaimanapun tunjang utamanya perlu pada kerjasama BN Sabah dan PH Sabah.

“Setakat hari ini kita memang tiada timbul apa-apa masalah diantara BN dan PH diperingkat pusat mahu pun di peringkat negeri,” ujarnya.

Justeru, Ghazalie yakin kepimpinan BN Sabah dan PH Sabah akan duduk bersama bagi membincangkan mekanisme dan acuan terbaik bagi mendepani PRN Sabah kelak.

Related Posts

Benteng UMNO Kedah tetap kukuh walau tidak lagi memerintah

PADANG TERAP – UMNO Kedah menegaskan bahawa parti itu masih mempunyai kekuatan tersendiri di negeri ini walaupun tidak lagi memegang tampuk pentadbiran sejak 2018. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

  • By Winny
  • March 27, 2025
Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM