Tak perlu ajar UMNO bila Pas sendiri ‘Pak Turut’

PUTRAJAYA – Keputusan UMNO untuk tetap berada dalam Kerajaan Perpaduan lebih baik daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata UMNO tidak menuntut dirundingi apabila bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung Parlimen berbanding Pas yang menjadi ‘pak turut’.

“Berbeza pendapat secara terbuka antara satu dua pemimpin bukan lagi ‘taboo’. Yang penting dalam kabinet ia dirundingi.

“UMNO sudah ada pengalaman. Bila Kerajaan Muhyiddin keras kepala, UMNO tanpa kompromi tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin. Tidak perlu ajar UMNO,” katanya di Facebook pada Jumaat.

Semalam, Pemuda Pas mencabar UMNO meninggalkan Kerajaan Perpaduan dengan berkata mereka perlu berbuat demikian jika parti itu serius mempertahankan kesucian agama Islam.

Menurut ketua sayap parti itu, Afnan Hamimi Taib Azamudden, UMNO tidak mendapat penghormatan yang sewajarnya sebagai ahli gabungan pemerintah, terutama daripada DAP.

Tambah Mohd Puad, tidak perlu Pemuda Pas cabar UMNO tinggalkan kerajaan perpaduan dan parti itu sememang serius mempertahankan kesucian agama Islam.

“UMNO terbukti konsisten dan tegas dalam isu Melayu dan Islam.

“UMNO tidak berkompromi dalam isu stokin, isu logo halal hatta UMNO menolak Kampung Baru jadi tapak warisan,” ujarnya.

Related Posts

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa parti Bersatu tidak akan mendapat sumbangan jutaan ringgit jika Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dilantik menjadi Perdana Menteri. Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri