Temenggong Jugah, tokoh Dayak satukan Sarawak membentuk Malaysia – Douglas Uggah

KUCHING – Tun Datuk Patinggi Temenggong Jugah Barieng merupakan tokoh Dayak yang menyatukan Sarawak dengan Tanah Melayu dan Sabah sehingga membentuk negara Malaysia.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Temenggong Jugah sangat berjasa dalam merealisasikan gagasan Malaysia.

“Tarikh 16 September 1963 merupakan simbol kesepakatan antara pemimpin ketika itu dan bergabung menjadi negara yang kita kenali iaitu Malaysia,” ujar beliau.

Tambah beliau, idea penubuhan negara Malaysia dapat realisasikan walaupun melalui proses yang panjang dan tanpa penyertaan Brunei.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Mengenang Negarawan Tun Datuk Patinggi Temenggong Jugah Barieng pada Isnin.

Temenggong Jugah merupakan pemimpin yang cerdas dan berfikiran tajam walaupun tidak mendapat pendidikan tinggi.

Malah, beliau juga berjaya menguasai bahasa Inggeris melalui pergaulan dengan masyarakat.

Menariknya, Temenggong Jugah merupakan orang Iban yang pertama mendapat penghormatan tinggi daripada Kerajaan British.

Related Posts

Nie Ching santuni mangsa banjir lumpur Kg Separa, 32 keluarga terima bantuan

KULAI – Timbalan Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching tampil menghulurkan bantuan kepada 32 keluarga yang terjejas akibat banjir lumpur yang melanda Kampung Separa, di sini susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes ejen hartanah tikam teman wanita dituduh esok

ALOR SETAR – Seorang ejen hartanah yang ditahan berhubung kes tikam kenalan wanita di dalam kereta di Titi Gajah pada 17 Mei lalu dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen di sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching santuni mangsa banjir lumpur Kg Separa, 32 keluarga terima bantuan

Nie Ching santuni mangsa banjir lumpur Kg Separa, 32 keluarga terima bantuan

Kes ejen hartanah tikam teman wanita dituduh esok

Kes ejen hartanah tikam teman wanita dituduh esok

Mekanik sekali lagi dituduh miliki senjata api, peluru hidup

Mekanik sekali lagi dituduh miliki senjata api, peluru hidup

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kendali lebih 562,000 penumpang

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kendali lebih 562,000 penumpang

Jalan selesa, jelapang padi dan pendidikan percuma bakal ubah taraf hidup penduduk Undai

Jalan selesa, jelapang padi dan pendidikan percuma bakal ubah taraf hidup penduduk Undai

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang