Tekap seterika: Mindef sedang kenal pasti, siasat pembuli UPNM – Zambry

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti pelaku yang didakwa membuli seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, siasatan berhubung kes itu berada di bawah kuasa kementerian berkenaan memandangkan mangsa merupakan penuntut Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).

Begitu pun, beliau menegaskan perbuatan buli tidak boleh dibiarkan terus berlaku di semua peringkat institusi pendidikan.

“Kita kena faham dalam konteks UPNM… dia ada dua institusi iaitu pertama, UPNM dan kedua, ALK.

“Yang berlaku ini adalah di akademi (ALK) itu sendiri. Namun kita tidak boleh melepaskan (perkara sedemikian).

“Seperti mana disebut oleh Perdana Menteri, apa sahaja, institusi mana sekali pun, dalam konteks hari ini dalam akademi tentera… semua itu kita kena beri perhatian serius kerana perbuatan buli yang melampau tidak boleh kita benarkan sama sekali,” katanya.

ALK berperanan sebagai satu sel daripada organisasi besar UPNM, yang antara lain bertanggungjawab untuk melatih Pegawai Kadet dalam bidang ketenteraan dan secara strategiknya mengekalkan hubungan dengan pemegang taruh iaitu Mindef.

Mengulas lanjut, Zambry menjelaskan lagi, kedua-dua institusi itu bertanggungjawab ke atas pelajar bagi tempoh yang berbeza.

Katanya, pelajar berada di bawah tanggungjawab UPNM ketika mengikuti kuliah bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, manakala waktu selebihnya di bawah bidang kuasa ALK.

“Ia agak unik sikit dalam konteks UPNM ini kerana mereka datang ke sini, sebahagian daripadanya akan menjalani latihan pegawai kadet dan mereka diletakkan di bawah ALK. Sebelah pagi, mereka pergi ke kuliah,” jelas beliau.

Zambry berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas solat Jumaat di Masjid UPNM di Sungai Besi.

Semalam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata, tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam kes seorang pegawai kadet, dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior.

Menurut laporan media, ATM sedang menyiasat kes seorang pegawai kadet di ALK, UPNM Sungai Besi yang dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior.

ATM dalam kenyataan malam Rabu mengesahkan kejadian itu melibatkan pelajar kadet yang dibuli oleh seniornya menggunakan seterika yang ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular menerusi media sosial.

Kes berkenaan sedang disiasat di peringkat ALK-UPNM.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat