Tebus maruah UMNO melalui kemenangan di Nenggiri

LIPIS – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa jentera kempen bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri kerana ia lebih ‘bermakna’ menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2024 (PAU 2024) pada 21 hingga 24 Ogos ini.

Ahmad Zahid Hamidi berkata, persidangan PAU 2024 yang akan berlangsung empat hari selepas PRK itu menjadi lebih signifikan sekiranya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dapat dimenangi calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

“Kekalahan kita dalam PRN (ke-15) di DUN Nenggiri, cuma 810 (majoriti yang diperoleh oleh Mohd Azizi Abu Naim).

“Datuk Ramli Mohd Nor (Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat) tahu ramai pengundi Orang Asli tidak keluar, atas sebab tertentu.

“Ramai pengundi di kawasan Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan) juga tidak keluar mengundi.

“Selain itu, sembilan pusat daerah mengundi di kampung tradisional dan satu rancangan Felda Perasu ada masalah… tapi kali ini, Alhamdulillah.

“Kesedar ada lima PDM bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDWN), sembilan kampung tradisional juga di bawah KKDW, serta satu PDM Felda.

“Kebetulan Perdana Menteri bagi tanggungjawab Felda pada saya, ertinya 20 PDM bawah saya.

“Tolonglah saya untuk kita tebus maruah kita di Nenggiri pada Sabtu ini,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cameron Highlands di Dewan Terbuka Laman Sejahtera Sungai Koyan, dekat sini, hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yang juga Naib Presiden UMNO dan Menteri Besar Pahang.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, peristiwa kekalahan UMNO pada 2018 agak memeritkan, terutama dengan perpecahan dalam kalangan ahli parti,

Namun, beliau bersama rakan-rakannya dalam parti akan terus komited memperkukuhkan parti keramat ini.

Related Posts

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

KINABATANGAN – Kerjasama antara calon dan jentera BN bagi Parlimen Kinabatangan serta DUN Lamag sentiasa berjalan dengan baik sejak Hari Penamaan Calon. Demikian ditegaskan Calon Lamag, Mohd Ismail Ayob (MIHA)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilihan UMNO selepas PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO akan menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun ini dan akan dilaksanakan selepas diadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA