Aaron Chia bakal terima ganjaran daripada Kerajaan Negeri Melaka

MELAKA – Pemain badminton beregu negara, Aaron Chia bakal menerima insentif khas daripada Kerajaan Negeri Melaka atas kejayaan meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini.

Exco Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam berkata, pemberian itu merupakan penghargaan di atas pencapaian atlet yang berasal dari Batu Berendam itu pada temasya paling berprestij di dunia.

“Saya mewakili Kerajaan Negeri Melaka mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kemenangan pasangan beregu negara ini yang telah mengharumkan nama negara dan Melaka.

“Semua anak Melaka yang berjaya dalam sukan akan diiktiraf oleh kerajaan negeri menerusi sumbangan atau anugerah khas berupa wang tunai atau hadiah tertentu,” katanya kepada pemberita di Kompleks Belia dan Sukan di sini hari ini.

Tambah beliau, atlet yang berjaya dalam bidang sukan akan menerima jumlah setimpal mengikut skala ditetapkan sama ada diperingkat dunia, Asia, serantau atau Sukma.

Ujarnya lagi, pemberian insentif khas itu akan diselaraskan bersama penyerahan imbuhan kepada pemenang pingat di Sukma Sarawak 2024 nanti.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat