Tebingan Batang Mukah dipulihara, projek RM40 juta dilancar

KUCHING – Projek pemuliharaan tebingan Batang Mukah bernilai RM40 juta yang merangkumi kawasan antara Sungai Penakub dan Sungai Tellian dijadualkan bermula pada 6 April ini.

Projek yang menjadi tumpuan penduduk setempat itu dijangka mengambil masa selama dua tahun dan siap sepenuhnya pada 5 April 2028.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, pelaksanaan projek tersebut merupakan langkah proaktif kerajaan dalam mengukuhkan struktur tebing sungai sekali gus mengatasi isu hakisan yang semakin membimbangkan.

“Selain menangani masalah hakisan, objektif utama projek ini adalah untuk menjamin keselamatan komuniti setempat yang tinggal di sepanjang pesisir sungai tersebut.

“Ia amat penting bagi memastikan kawasan penempatan penduduk kekal selamat, selain memelihara warisan perkampungan tradisi seperti Kampung Datuk dan Kampung Penakub Hilir atau Permai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri mesyuarat serah tapak projek berkenaan di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak, di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Royston menegaskan bahawa projek berkenaan bakal memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk dalam mendepani ancaman alam semula jadi di kawasan Batang Mukah.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerjasama erat daripada semua pihak termasuk agensi kerajaan, perunding, kontraktor dengan masyarakat setempat bagi memastikan kelancaran gerak kerja di tapak.

“Komitmen semua pihak amat diperlukan agar pelaksanaan projek ini bukan sahaja mengikut jadual yang ditetapkan, malah kita sasar ia berpotensi untuk disiapkan lebih awal daripada tempoh jangkaan,” tambahnya.

Projek berimpak tinggi itu dilaksanakan oleh JPS Sarawak sebagai agensi pelaksana dengan kerjasama Perunding Muhandis Sdn Bhd selaku perunding dan Maxmas Holding Sdn Bhd sebagai kontraktor utama.

Related Posts

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

KUANTAN – Pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) FELDA Jengka 24, dekat Jerantut, menganjurkan majlis bacaan Yassin dan tahlil khas untuk dua pelajar sekolah itu yang meninggal dunia akibat lemas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

PEKAN – Enam pelajar berusia 13 hingga 16 tahun ditahan kerana disyaki merusuh dan mencederakan pelajar lain dalam kejadian berhampiran Pejabat Majlis Ugama Islam Pahang dan Adat Resam Melayu Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER