
TAWAU – Pengguna jalan raya di sekitar daerah ini dinasihatkan agar lebih berhati-hati susulan pelaksanaan penutupan sementara satu lorong secara berfasa di Jalan Tawau-Sandakan bagi kerja-kerja penyenggaraan jalan.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah menerusi satu notis memaklumkan, penutupan sementara itu dibuat secara berperingkat termasuk di laluan utama bermula 23 Mac lepas dan dijangka berakhir pada 23 Julai ini.
“Antara lokasi terlibat termasuk dari arah Jambatan Kinabatangan Besar ke Dewan Sri Balung Batu 8 (Fasa 1 bermula 23 Mac hingga 2 Julai) dan dari Bandar Sri Indah ke Shan Shui (Fasa 2 iaitu 30 Mac hingga 7 Julia)
“Fasa 3 membabitkan penutupan di KM18 ke Baradaya (6 April hingga 16 Julai) serta dari KM32 ke Simpang Lapangan Terbang Tawau (Fasa 4 iaitu 13 April hingga 23 Jul@i),” menurut notis itu pada Khamis.
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda lalu lintas yang dipasang di kawasan terlibat serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.
Pihak JKR turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami sepanjang tempoh pelaksanaan kerja tersebut.







