Tarian ‘Cuci Rasuah’ tular, Siti Aishah bangga berpeluang terlibat

PUTRAJAYA — “Rasa bangga kerana mampu galas tanggungjawab sebagai salah seorang penari tarian “Cuci Rasuah”,” begitu luah Siti Aishah Mohd Azlan.

Tarian berkenaan pada sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya, didedikasikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya pengalaman yang tidak semua orang dapat merasai.

“Saya sebagai rakyat Malaysia berasa bangga kerana bukan semua orang dapat peluang seperti saya.

“Tahun ini tarian kami bertemakan “Cuci Rasuah” yang menggunakan penyapu dan telah tular di TikTok.

“Saya berasa agak lega, kerana tanggungjawab yang digalas telah selesai dilunaskan oleh kami,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press pada Sabtu di Dataran Putrajaya.

Persembahan tarian bertajuk ‘Cuci Rasuah’ itu merupakan cetusan idea Pengarah Artistik dan Konsep bagi sambutan Hari Kebangsaan ke-67 Rosnan Nordin dan keunikan persembahan ‘stampers’ selama lima minit itu hanya menggunakan peralatan pembersihan.

Ia adalah sebagai simbolik memerangi budaya kotor yang mampu merosakkan negara.

Persembahan itu turut diiringi medley beberapa lagu patriotik yang disingkatkan menjadi muzik berentak rancak

Aishah menjelaskan, kumpulan penari melibatkan seramai 515 orang warga Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk berlatih sehingga mahir.

Kata Aishah lagi, bersempena dengan 67 tahun negara merdeka, rakyat Malaysia sewajarnya membebaskan diri dari untuk negatif bagi mengekal keamanan masyarakat.

“Jika kita sebut jiwa merdeka, kita sebagai rakyat Malaysia perlu bebas daripada pemikiran negatif, tingkah laku yang tidak sopan serta semoga Malaysia kekal aman dan harmoni,” katanya.

Related Posts

Majikan swasta disaran laksana kerja fleksibel tangani tekanan kos

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyarankan majikan sektor swasta mempertimbangkan pelaksanaan waktu kerja fleksibel, termasuk bekerja dari rumah (BDR), sebagai langkah mengurangkan penggunaan bahan api, mengekang tekanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Catat kutipan cukai tertinggi RM203.9 bilion bukti kecekapan HASiL

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mencatat kutipan cukai tertinggi dalam sejarah negara sebanyak RM203.991 bilion bagi tahun 2025, sekali gus membuktikan kecekapan sistem percukaian negara, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET, KPDN berganding bahu tingkatkan ekosistem harta intelek

MINDET, KPDN berganding bahu tingkatkan ekosistem harta intelek

Isu diesel ke Filipina: MCMC ambil keterangan wanita, sita telefon

Isu diesel ke Filipina: MCMC ambil keterangan wanita, sita telefon

Majikan swasta disaran laksana kerja fleksibel tangani tekanan kos

Majikan swasta disaran laksana kerja fleksibel tangani tekanan kos

Catat kutipan cukai tertinggi RM203.9 bilion bukti kecekapan HASiL

Catat kutipan cukai tertinggi RM203.9 bilion bukti kecekapan HASiL

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar