Tangani perbezaan pendapat berlandaskan tasawuf – TPM Zahid

PUTRAJAYA – Umat Islam perlu meraikan perbezaan pendapat dalam masyarakat dan organisasi dengan adab yang terbaik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, masyarakat dan pemimpin, perlu mengikuti teladan Rasulullah SAW yang menonjolkan akhlak terpuji dan harus dicontohi, lebih-lebih lagi pada ketika masyarakat dunia melihat Malaysia sebagai contoh.

“Maka apa yang terbaik ialah cara kita menyampaikan risalah, cara pendakwah atau daie menyampaikan pesan, mesti berlandaskan kepada akhlak yang baik.

“Jika ada perbezaan pendapat pun dalam kalangan kita, kedudukan kita dalam komuniti atau organisasi mesti ada adab yang terbaik, dan adab menangani perbezaan ini ada yang berlandaskan tasawuf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Malam Cinta Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat kebangsaan Tahun 1446H/2024 di Dataran Putra pada Ahad.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyeru rakyat pada ketika meraikan Maulidur Rasul untuk meningkatkan ukhwah dan melupakan perbezaan yang furuk sesama ummah.

Pada masa yang sama, beliau juga mengajak orang ramai untuk memberikan bantuan yang termampu kepada rakyat Palestin.

Malam Cinta Rasul dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M dihadiri kira-kira 50,000 orang.

Sambutan tahun ini bertemakan Al- Falah Pemacu Malaysia Madani yang membawa maksud kesejahteraan dan kekayaan.

Ia juga merupakan salah satu lafaz azan yang membawa kalimah ‘marilah menuju kejayaan (al-falah)’.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan