Seorang cedera, 15 penumpang selamat kemalangan babitkan kereta, bas

LAHAD DATU – Seorang lelaki cedera kenderaan dipandu merempuh sebuah bas ekspres dalam kemalangan di Kampung Balacon, Jalan Sandakan-Lahad Datu, malam Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata bagaimanapun kesemua 15 penumpang bas ekspres berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Terdahulu panggilan kecemasan berkaitan kemalangan diterima pukul 10.25 malam sebelum sepasukan lapan anggota bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Kita mendapati mangsa lelaki, 42 tahun, di Proton Saga FLX mengalami kecederaan dan telah diberikan rawatan awal pasukan Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum diserahkan kepada pihak ambulan untuk dikejarkan ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Operasi kemudian ditamatkan pukul 11.32 malam.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri