Riuh Bah sebagai platform anak muda pamerkan bakat

KOTA KINABALU – Program Riuh Bah yang berlangsung selama dua hari di Sabah International Convention Centre (SICC) disifatkan sebagai platform terbaik untuk anak muda mempamerkan bakat mereka.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil program Riuh ini akan diteruskan kerana ia adalah peluang yang baik untuk memperagakan keupayaan dan minat kreatif anak-anak muda khususnya kepada usahawan dan juga pemuzik.

“Saya lihat program Riuh ini yang kita telah bawa di seluruh pelusuk negara akan kita teruskan kerana ia peluang yang baik untuk memperagakan keupayaan dan juga minat kreatif anak-anak muda, memberi ruang terutamanya kepada para usahawan dan juga pemuzik untuk menonjolkan bakal mereka.

“Sejujurnya Riuh adalah kebanggaan bagi Kementerian Komunikasi dari segi keupayaan untuk menarik minat anak muda dan juga menonjolkan bakat anak muda,” katanya ketika ditemui di Program Riuh Bah, di sini, pada Ahad.

Beliau berharap orang ramai akan ambil kesempatan untuk menikmati bukan hanya persembahan yang disajikan tetapi juga juadah yang ada dijual serta kraf yang diperagakan.

Turut berkongsi mengenai persiapan Hari Malaysia yang akan berlangsung esok di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

“Dari segi persiapan semalam kita telah adakan raptai penuh dan saya difahamkan hari ini disambungkan lagi memandangkan dua hari sebelumnya cuaca agak kurang memuaskan.

“Saya rasa setakat ini semua berjalan dengan baik dengan lancar,” katanya.

Related Posts

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

SEPANG – Kerajaan memberi jaminan keselamatan jemaah haji Malaysia kekal terpelihara walaupun wujud kebimbangan susulan konflik di Asia Barat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

SANDAKAN – Kerajaan memberi penekanan terhadap kepentingan sinergi antara agensi Persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif berkaitan tenaga kerja dapat dilaksanakan secara berkesan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang