Tanam semangat patriotisme tanpa kira peringkat umur

PAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom berkata semangat patrotisme dan cintakan negara sangat penting dan perlu disemai dalam kalangan masyarakat setempat.

“Saya sering mengingatkan masyarakat supaya bersikap lebih terbuka dalam pemikiran terutama masyarakat rumah panjang,” ujar William.

Tambah beliau lagi, keterbukaan dalam pemikiran dapat memajukan masyarakat rumah panjang.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program JIWA Komuniti Madani @ Merdeka bertempat di Rumah Janang, Sg Wong Wak Pakan.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Pakan Thomas Mandang berkata tujuan Program JIWA Komuniti Madani@Merdeka adalah menanam semangat cintakan negara serta patriotisme dalam kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat umur.

“Kempen ‘1 Rumah 1 Gemilang’ yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan sepanjang bulan kemerdekaan ini untuk mengajak setiap penduduk kampung menggantungkan bendera di setiap pintu rumah,” ujarnya.

“Hari Kebangsaan merupakan hari kemerdekaan bagi Tanah Melayu, manakala Hari Malaysia bertarikh 16 September 1963,” jelasnya.

Selain itu, tarikh 16 September 1963 merupakan gabungan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.

“Saya mendapati terdapat segelintir pihak masih terkeliru berkenaan tarikh tersebut,” katanya.

Program JIWA Komuniti Madani @ Merdeka di Rumah Janang, Sg Wong Wak Pakan merupakan program dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Pakan.

Selain itu, program tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Pakan, Polis Diraja Malaysia Daerah Pakan (PDRM), RTM dan KMKK Daerah Pakan.

Dianggarkan lebih 200 orang yang turut terlibat dalam menjayakan program ini.

Related Posts

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

KANGAR – Tindakan pantas polis dalam satu operasi di Jalan KTMB, Padang Besar pada Isnin lalu berjaya menggagalkan penyeludupan dadah jenis syabu seberat 98.73 kilogram bernilai RM4.9 juta yang dipercayai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

SARATOK – Padah memiliki dadah, seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam serbuan di tepi jalan kawasan itu, pada Khamis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026