ADUN Engkilili harap penghuni Rumah Panjang terbakar dapat kediaman baharu

ENGKILILI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnichal Rayong Ngipa menzahirkan rasa sedih dengan kejadian menimpa ke atas penduduk Rumah Panjang Peter Igoh Mujan Skrang.

Difahamkan insiden kebakaran rumah panjang itu berlaku pada 31 Mac 2023, Johnical juga tahu akan nasib dan semestinya keadaan di sini tidak sama seperti sebelum ini.

“Saya berharap beberapa agensi kerajaan dan swasta yang turun pada hari ini membantu penduduk di sini untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Johnical berharap kerjasama dan tindakan segera daripada semua pihak dapat membantu penduduk mendapatkan kediaman yang baharu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat diadakan di rumah panjang Peter Igoh Mujan Skrang.

Selain itu, Johnical turut menyampaikan cek RM20,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Panjang Peter Igoh Mujan Skrang.

Antara agensi yang turut terlibat ialah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Dalam sesi program tersebut, terdapat sesi soal jawab serta taklimat ringkas turut diadakan.

Related Posts

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

BUTTERWORTH – Sebuah restoran nasi kandar di kawasan Seberang Perai Utara telah diarahkan tutup serta-merta selepas didapati terlalu kotor dan melanggar beberapa peraturan lain dalam Ops Bersepadu yang dijalankan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan pukat udang maut dipanah petir

KANGAR – Seorang nelayan maut selepas dipercayai dipanah petir ketika berada di atas bot di perairan Kuala Sungai Padang, Simpang Empat di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah