Taman Eko Rimba Mossy Forest ditutup sementara

KUANTAN – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menutup sementara Taman Eko Rimba (TER) Mossy Forest bermula semalam hingga suatu tarikh diberitahu kelak berikutan kejadian tanah runtuh yang menutup laluan untuk ke pusat pelancongan itu.

Aktiviti mendaki Gunung Irau turut tidak dibenarkan dalam tempoh berkenaan.

Penolong Pengarah Kanan Hutan Lipur JPNP, Muhamad Rahman Mustafa, berkata kerja membersih tanah runtuh dan membaiki cerun ke TER Mossy Forest dan Gunung Irau itu akan dilakukan oleh kontraktor dilantik jabatan.

Menurutnya, pemandu pelancong atau malim gunung termasuk penyedia kemudahan kenderaan ke kawasan terbabit telah dimaklumkan bagi memastikan mereka tidak menerima tempahan daripada pelancong yang mahu ke dua tempat terbabit.

Keputusan penutupan sementara TER Mossy Forest dan Gunung Irau itu diputuskan demi keselamatan orang ramai berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu kini.

“Kejadian tanah runtuh berlaku kelmarin disebabkan hujan yang berterusan di Cameron Highlands, demi keselamatan pelancong kita terpaksa menutup sementara bagi menjalankan kerja pembersihan.

“Kita menjangkakan TER Mossy Forest ditutup antara dua hingga tiga minggu bergantung pada masa diambil untuk membersih tanah runtuh dan pokok tumbang,” katanya, lapor Berita Harian, hari ini.

Beliau berkata, jumlah pelancong tempatan dan luar negara ke TER Mossy Forest dan Gunung Irau kini semakin bertambah, mereka datang ke dua tempat berkenaan setiap hari dan jumlahnya bertambah pada hujung minggu dan cuti sekolah.

Muhamad Rahman berkata, untuk mengindahkan lagi TER Mossy Forest, JPNP membelanjakan RM450,000 bagi menaik taraf tempat berkenaan menjadi antara produk pelancongan terkenal di tanah tinggi itu.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan