Gelanggang bola keranjang Kg Sim-Sim siap dinaik taraf untuk kemudahan komuniti setempat

SANDAKAN – Gelanggang bola keranjang di taman permainan Kampung Sim-Sim kini dinaik taraf dan siap sepenuhnya untuk kemudahan komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, projek naik taraf ini dilaksanakan menerusi peruntukan ADUN Tanjong Papat.

“Kerja-kerja naik taraf melibatkan pemasangan bumbung yang kukuh serta penyelenggaraan keseluruhan gelanggang termasuk memperbaiki permukaan lantai, pembinaan astaka, mengecat garisan baharu dan memasang pencahayaan tambahan untuk kegunaan pada waktu malam.

“Dengan tambahan bumbung ini, ia diharap dapat melindungi pengguna daripada cuaca panas dan hujan serta memaksimumkan penggunaan gelanggang sepanjang tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelas beliau, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk menyediakan kemudahan rekreasi yang lebih selesa dan selamat kepada komuniti setempat.

“Gelanggang bola keranjang ini bukan sahaja menjadi tempat untuk bersukan, tetapi juga sebagai ruang untuk merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan