Kerajaan tidak pernah sorok Titah Adendum – Fahmi

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia tidak pernah menyorokkan dokumen berkait Titah Adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kes tersebut tertakluk kepada proses mahkamah dan kerajaan juga mengambil maklum bahawa Mahkamah Rayuan telah putuskan supaya kes tersebut diremit semula ke Mahkamah Tinggi.

“Dokumen yang dimaksudkan itu sejujurnya tidak disorok. Saya sendiri sebagai Menteri Komunikasi tidak ada menerima, melihat ataupun dimaklumkan tentang dokumen tersebut dan saya percaya perkara ini oleh sebab ia melibatkan Lembaga Pengampunan.

“Dalam hal ini kita berpandukan proses yang berlaku dalam mahkamah… kita tertakluk kepada prinsip subjudis, maka kita akur dan patuh dengan prinsip itu dan proses di mahkamah itu diteruskan,” katanya pada Sidang Media Pasca Kabinet di sini, pada Rabu.

Fahmi berkata, kerajaan juga akan mengambil kira pandangan serta nasihat daripada Peguam Negara berhubung perkara tersebut.

“Maka kita perlu mengambil pandangan dan nasihat dari Peguam Negara tentang beberapa perkara yang tidak akan memprejudiskan perjalanan kes tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib untuk memulakan semakan kehakiman bagi memaksa menteri dalam negeri dan kerajaan untuk menguatkuasakan titah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Dalam keputusan 2-1, panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh hakim Azizah Nawawi memutuskan agar kes ini dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendengar merit semakan kehakiman.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril mendengar hujahan daripada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib.

Related Posts

Keyakinan rakyat meningkat, bukti kejayaan Kerajaan MADANI
  • YnomYnom
  • July 10, 2025

KOTA KINABALU – Dapatan tinjauan Ipsos (Ipsos Populism Report 2025) menunjukkan keyakinan rakyat terhadap masa depan negara meningkat. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu ditangani secara cermat

PUTRAJAYA – Pelantikan hakim mahkamah atasan di Malaysia perlu ditangani dengan cermat dan secara sah supaya perjalanan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan. Istana Negara dalam kenyataannya berkata, perkara itu mengikut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas